Rumah Kayu Vs Rumah
Batu
Rumah kayu
Untuk membina sebuah rumah yang idaman kita
boleh menggunakan pelbagai bahan-bahan material sahaja, salah satunya membina
rumah dengan material kayu. Kalau zaman dahulu membangunkan rumah dengan
material kayu adalah sesuatu yang biasa, terutamanya di benua Eropah. Akan
tetapi, pada zaman sekarang seiring dengan perkembangan zaman, rumah kayu lebih
sukar untuk ditemui. Jarang-jarang ada orang yang ingin membina rumah dengan
menjadikan kayu sebagai dinding rumah mereka. Ini kerana, rumah kayu dianggap
agak ketinggalan zaman dan tidak tahan atau sebagus berbanding dinding batu.
Jikalau, mahu menggunakan kayu untuk membina rumah, maka kayu yang boleh diguna
ialah kayu yang jenisnya kuat dan berkualiti tinggi.
Umumnya, rumah kayu banyak dibangunkan di
sekitar kampung-kampung kerana memberikan kesan kesederhanaan dan keselesaan.
Ini kerana, cuaca di kampung atau lebih dikenali sebagai desa ini lebih redup
kerana terdapat pohon-pohon atau pokok-pokok yang rendang. Meskipun , begitu
rumah kayu juga boleh menjadi sangat menarik dan teguh jika dibina dengan
material kayu yang berkualiti sangat tinggi dan rekaan yang tepat. Dengan
rekaan dan penataan yang tepat , rumah kayu akan menjadi sesuatu yang unik dan
memiliki nilai artistik yang tidak dapat ditemui pada rumah yang lain.
Bagi sesiapa yang teringin sangat untuk
membina rumah idaman tetapi agak berbeza dari segi rekaan dan suasana , maka
rumah kayu adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Meskipun, ramai yang akan
menganggap rumah kayu ini sudah ketinggalan zaman, namun memiliki rumah
daripada bahan kayu memiliki kelebihannya yang tersendiri antaranya :
Kelebihan rekaan rumah kayu
1- Pembangunan lebih cepat
Pembangunan rumah kayu hanya memakan masa yang singkat untuk didirikan,
ini kerana terdapat pengusaha atau kontraktor yang menawarkan rumah kayu dengan
sistem knock down atau pasang siap kerana ianya boleh dilakukan dalam waktu
beberapa hari saja.
2- Memberi kesan neutral
Dari segi keindahan, rumah kayu akan lebih memberikan kesan yang
natural. Ini disebabkan kerana sifat tekstur kayu itu sendiri mempunyai
garis-garis alam semulajadi seperti pokok-pokok dan pohon-pohon.
3- Menjimatkan kos pembinaan
Bagi sesetengah daerah tertentu yang memiliki sumber alam semulajadi
seperti hutan yang sangat tebal dengan pokok-pokok yang melimpah ruah, maka
pembangunan rumah kayu akan menjadi lebih jimat. Kerana, bahan-bahan seperti
kayu boleh diambil dari hutan atau pokok-pokok yang ada disekitar pembangunan
itu sahaja.
4- Sistem knock down
Satu lagi kelebihan yang ada pada
seseorang yang memiliki rumah kayu tetapi tidak dapat dimiliki oleh orang yang
memiliki rumah selain daripada kayu iaitu kayu boleh dijadikan sistem knock
down. Sistem knock down membolehkan pemilik ingin mengubah alamat lokasi rumah.
Hal ini tidak dapat dilakukan jika dinding rumah dibina daripada batu.
Selain daripada
kelebihan, bagi yang ingin membina rumah kayu anda harus juga tahu akan rumah
kayu juga terdapat kekurangannya yang tersendiri antaranya ialah :
Kekurangan rekaan rumah kayu
1- Kekurangan pokok
Pada masa ini, sangat sukar untuk menemui sebuah pokok yang sesuai untuk
pembangunan rumah. Hal ini berlaku kerana terjadinya kekurangan pokok akibat
daripada penebangan yang terlalu banyak dan tidak diseimbangi dengan penanaman
semula. Kekurangan pokok ini merupakan ancaman untuk pemanasan global yang
boleh mengakibatkan kecacatan bagi tumbuh-tumbuhan dan seisinya. Dengan
menebang pokok sewenang-wenangnya, tanpa melakukan penanaman semula ianya akan
menggalakkan orang ramai melakukan kegiatan menebang pokok ini secara haram.
2- Kos lebih tinggi untuk material kayu yang berkualiti
Sekiranya kita tinggal di kota yang kurang dengan sumber pokok kayu ,
maka pembinaan rumah kayu akan menelan belanja atau kos yang sangat tinggi dan
besar. Ini kerana, sangat sukar untuk mencari sumber kayu yang berkualiti
tinggi sehinggakan kita terpaksa mengimport kayu-kayu dari wilayah lain. Dan
untuk mendapatkannya , akan memakan kos yang lebih besar.
3- Tukang bangunan harus benar-benar tahu akan selok-belok dalam hal
perkayuan.
Untuk membina rumah kayu, kita tidak boleh sembarangan memilih tukang
bangunan. Tukang bangunan yang akan bekerja untuk membina rumah kayu haruslah
benar-benar tahu dan faham dalam hal perkayuan
atau dalam hal pertukangan kayu.
Selain kekurangan diatas,
rumah kayu juga cenderung lebih tidak tahan terhadap serangga dan cuaca lembap.
Jika anda sudah tahu kekurangan dan kelebihan dalam membuat rumah kayu ,
berikut saya menyediakan contoh rumah-rumah kayu yang sangat menarik, klasik,
dan sederhana, untuk anda atau sesiapa yang tertarik untuk membina rumah jenis
ini :
Rumah batu
Tentunya bagi anda yang sedang ingin membina
atau merenovet rumah memilih bahan untuk membinanya adalah hal yang sangat
penting, jadi sebelum anda memutuskan untuk membina rumah ada baiknya anda
mengetahui tentang kelebihan dan kekurangan masing-masing yang ada pada batako,
bata ringan, ataupun bata merah. Perbezaan tersebut tentunya akan mempengaruhi
kos untuk membinanya. Berikut ini saya sampaikan mengenai keunggulan serta
kelemahan batako,bata merah dan bata ringan :
1- Bata merah
Bata merah merupakan salah satu jenis bahan asas untuk membina rumah
yang sudah sangat umum digunakan di Malaysia, sejak dari zaman dahulu kala
sehinggalah zaman modern seperti sekarang ini. Bata merah memang sudah menjadi
salah satu bahan wajib dalam industri pembinaan. Seperti yang kita semua tahu,
bata merah masih lebih banyak digunakan daripada batako ataupon bata ringan
kerana kekuatannya yang teruji dan untuk mendapatkannya juga tidak susah.
Bata merah yang
dimaksudkan adalah bata yang dibuat daripada tanah yang dicetak kemudiannya
dibakar dengan suhu yang tinggi sehingga menjadi betul-betul kering, mengeras,
dan berwarna kemerah-merahan. Tanah yang digunakan pun bukanlah sembarang tanah,
tapi tanah yang agak liat sehingga boleh bercantum semasa proses percetakan. Kerana
itulah, rumah yang dindingnya dibina dari material bata merah akan terasa lebih
sejuk dan selesa. Selain daripada kuat dan kukuh serta tahan lama, sehingga
jarang sekali terjadi keretakan dinding yang dibina dari material bata merah. Selain
itu, material ini juga sangat tahan terhadap cuaca panas sehingga dapat menjadi
perlindungan rumah anda daripada bahaya api.
Kelebihan bata merah :
§ Tidak memerlukan ahli pakar untuk memasang
§ Ukurannya yang kecil memudahkan untuk
pengangkutan
§ Mudah untuk membentuk bidang yang kecil
§ Harga lebih murah
§ Mudah untuk mendapatkannya
§ Pelekatnya tidak perlu yang khusus
§ Tahan panas , memberi perlindungan daripada
api
Kekurangan bata merah :
- § Susah untuk membuat pasangan yang kemas
- § Menyerap panas pada musim panas dan menyerap dingin sehingga suhu menjadi tidak stabil
- § Cenderung lebih membazir dalam penggunaan pelekatnya
- § Kualiti yang kurang berbeza-beza dan juga saiz ukuran yang jarang sama membuatkan pembaziran lebih banyak
- § Disebabkan sukar untuk mendapatkan pasangan yang rapi, maka diperlukan plaster yang cukup tebal untuk menghasilkan dinding yang cukup rata.
- § Masa untuk memasangnya lebih lama berbanding bahan dinding yang lainnya.
- § Sangat berat sehingga membebankan struktur yang menampunya
- § Bata merah menimbulkan beban yang cukup besar pada struktur bangunan.
2. Batako
Material dinding dari batako ini umumnya dibuat dari campuran simen dan
pasir kasar yang dicetak padat atau dipress. Selain itu ada juga yang
membuatnya dari campuran batu tras , kapur , dan air. Bahkan kini batako ialah
dari campuran simen, pasir dan batubara. Dengan bahan pembuatan dari yang telah
disebutkan, batako memiliki kelemahan iaitu kekuatannya lebih rendah dari bata
merah, sehingga cenderung terjadinya keretakan dinding , terutama jika bahagian
kosongnya tidak diisi dengan pelekat. Penggunaan batako juga membuatkan
bangunan lebih hangat bahkan lebih cenderung terperap dan panas, tidak seperti
bata merah yang terbuat daripada material tanah. Batako cenderung lebih ringan
daripada bata merah. Teksturnya juga sangat halus dari bata merah.
Kelebihan batako :
- i. Proses pembuatan mudah dan ukuran dapat dibuat sama
- ii. Ukurannya besar sehingga menjimatkan masa dan kos
- iii. Khusus jenis yang berlubang, dapat berfungsi sebagai udara keluar masuk
- iv. Apabila pasangannya kemas tidak perlu lagi diplaster
- v. Lebih mudah dipotong untuk menyambungkan bahagian tertentu
- vi. Tidak perlu direndam sebelum dipasang
- vii. Kedap air
- viii. Kedap suara
- ix. Proses pemasangan lebih cepat
Kekurangan batako :
- i. Mudah terjadi retak pada dinding
- ii. Mudah berlubang
- iii. Mudah pecah
Bata ringan :
Bata ringan ini pembuatannya sangat sudah modern dimana material ini
dibuat dengan menggunakan mesin pabrik. Bata ini cukup ringan dan halus serta
memiliki tahap kerataan yang baik. Bata ringan dicipta agar dapat memperingan
beban struktur dari sebuah bangunan mempercepatkan pelaksanaan, serta
meminimalisasi sisa material yang terjadi pada saat proses pemasangan dinding
berlangsung. Sekarang ini sudah sangat banyak pengedar yang menjual bata ringan
ini di pasaran.
Kelebihan bata ringan :
- a) Mempunyai ukuran dan kualiti yang seragam sehingga dapat menghasilkan dinding yang rapi
- b) Lebih ringan
- c) Lebih mudah diangkut
- d) Lebih cepat dipasang berbanding bata biasa
- e) Tidak memerlukan plaster yang tebal
- f) Kedap air
- g) Kedap suara
- h) Tekanan yang kuat
- i) Tahan gempa bumi
Kekurangan bata ringan :
- a) Ukuran yang besar
- b) Pelekat yang khusus untuknya
- c) Orang yang betul-betul pakar untuk memasangnya
- d) Sekiranya terkena air, maka untuk kering macam bata biasa sangat lama
- e) Harga relative lebih mahal daripada bata merah
- f) Agak susah mendapatkannya
Ini adalah
contoh bata yang digunakan :
Figure 1 batako
Figure 2 bata ringan
Figure 3 bata merah
Ini pula
contoh rumah batu :
Figure 4 rumah batu ala-ala gaya eropah
Figure 5 stones houses
Kesimpulan
:
Berdasarkan
penerangan diatas maka sudah tentu anda semua sudah dapat gambaran bagaimana bentuk
rumah batu dan rumah kayu. Sudah pasti anda semua sedang membuat pilihan yang
bijak juga untuk memilih samada untuk membina rumah kayu ataupun rumah batu. Setiap
perkara semestinya mempunyai kelebihan dan juga kekurangan jadi sekiranya kita
bijak dalam membuat keputusan dan pandai dalam mensesuaikan bajet yang kita ada
maka sudah pasti rumah idaman anda akan terbina. Rumah idaman merupakan
keinginan bagi setiap insan kerana keinginan untuk tinggal ditempat yang aman
dan selesa. Maka oleh itu, pertimbangan yang elok serta menganalisa harga
terbaru bagi batu bata merah dan batako samada sesuai atau tidak dengan bajet
yang kita perolehi. Jangan pula sampai membazir dan melebih-lebih dalam kita
membuat perancangan masa depan takut menyesal pula nantinya.
Sekian
terima kasih,
Rujukan: