Sunday, 1 May 2016




PUISI ‘CINTA YANG AGUNG’

Adalah ketika kamu menitiskan air mata
dan masih peduli terhadapnya..
Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu masih
menunggunya dengan setia..

Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain
dan kamu masih boleh tersenyum sambil berkata ‘Aku
turut berbahagia untukmu’

Apabila cinta tidak berhasil…bebaskan dirimu…
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya
dan terbang ke alam dengan bebas lagi ..
Ingatlah…bahawa kamu mungkin menemukan cinta dan
kehilangannya..

Tapi..ketika cinta itu mati..kamu tidak perlu mati
bersamanya…

Orang yang paling kuat bukan mereka yang selalu menang..
melainkan mereka yang tetap tegar ketika
mereka jatuh

Tuesday, 19 April 2016



Rumah Kayu Vs Rumah Batu
                Rumah kayu
Untuk membina sebuah rumah yang idaman kita boleh menggunakan pelbagai bahan-bahan material sahaja, salah satunya membina rumah dengan material kayu. Kalau zaman dahulu membangunkan rumah dengan material kayu adalah sesuatu yang biasa, terutamanya di benua Eropah. Akan tetapi, pada zaman sekarang seiring dengan perkembangan zaman, rumah kayu lebih sukar untuk ditemui. Jarang-jarang ada orang yang ingin membina rumah dengan menjadikan kayu sebagai dinding rumah mereka. Ini kerana, rumah kayu dianggap agak ketinggalan zaman dan tidak tahan atau sebagus berbanding dinding batu. Jikalau, mahu menggunakan kayu untuk membina rumah, maka kayu yang boleh diguna ialah kayu yang jenisnya kuat dan berkualiti tinggi.

Umumnya, rumah kayu banyak dibangunkan di sekitar kampung-kampung kerana memberikan kesan kesederhanaan dan keselesaan. Ini kerana, cuaca di kampung atau lebih dikenali sebagai desa ini lebih redup kerana terdapat pohon-pohon atau pokok-pokok yang rendang. Meskipun , begitu rumah kayu juga boleh menjadi sangat menarik dan teguh jika dibina dengan material kayu yang berkualiti sangat tinggi dan rekaan yang tepat. Dengan rekaan dan penataan yang tepat , rumah kayu akan menjadi sesuatu yang unik dan memiliki nilai artistik yang tidak dapat ditemui pada rumah yang lain. 

Bagi sesiapa yang teringin sangat untuk membina rumah idaman tetapi agak berbeza dari segi rekaan dan suasana , maka rumah kayu adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Meskipun, ramai yang akan menganggap rumah kayu ini sudah ketinggalan zaman, namun memiliki rumah daripada bahan kayu memiliki kelebihannya yang tersendiri antaranya : 

Kelebihan rekaan rumah kayu 

1- Pembangunan lebih cepat
Pembangunan rumah kayu hanya memakan masa yang singkat untuk didirikan, ini kerana terdapat pengusaha atau kontraktor yang menawarkan rumah kayu dengan sistem knock down atau pasang siap kerana ianya boleh dilakukan dalam waktu beberapa hari saja.
2- Memberi kesan neutral
Dari segi keindahan, rumah kayu akan lebih memberikan kesan yang natural. Ini disebabkan kerana sifat tekstur kayu itu sendiri mempunyai garis-garis alam semulajadi seperti pokok-pokok dan pohon-pohon.
3- Menjimatkan kos pembinaan
Bagi sesetengah daerah tertentu yang memiliki sumber alam semulajadi seperti hutan yang sangat tebal dengan pokok-pokok yang melimpah ruah, maka pembangunan rumah kayu akan menjadi lebih jimat. Kerana, bahan-bahan seperti kayu boleh diambil dari hutan atau pokok-pokok yang ada disekitar pembangunan itu sahaja.
4- Sistem knock down
Satu lagi  kelebihan yang ada pada seseorang yang memiliki rumah kayu tetapi tidak dapat dimiliki oleh orang yang memiliki rumah selain daripada kayu iaitu kayu boleh dijadikan sistem knock down. Sistem knock down membolehkan pemilik ingin mengubah alamat lokasi rumah. Hal ini tidak dapat dilakukan jika dinding rumah dibina daripada batu. 

          Selain daripada kelebihan, bagi yang ingin membina rumah kayu anda harus juga tahu akan rumah kayu juga terdapat kekurangannya yang tersendiri antaranya ialah :

Kekurangan rekaan rumah kayu

1- Kekurangan pokok
Pada masa ini, sangat sukar untuk menemui sebuah pokok yang sesuai untuk pembangunan rumah. Hal ini berlaku kerana terjadinya kekurangan pokok akibat daripada penebangan yang terlalu banyak dan tidak diseimbangi dengan penanaman semula. Kekurangan pokok ini merupakan ancaman untuk pemanasan global yang boleh mengakibatkan kecacatan bagi tumbuh-tumbuhan dan seisinya. Dengan menebang pokok sewenang-wenangnya, tanpa melakukan penanaman semula ianya akan menggalakkan orang ramai melakukan kegiatan menebang pokok ini secara haram.
2- Kos lebih tinggi untuk material kayu yang berkualiti
Sekiranya kita tinggal di kota yang kurang dengan sumber pokok kayu , maka pembinaan rumah kayu akan menelan belanja atau kos yang sangat tinggi dan besar. Ini kerana, sangat sukar untuk mencari sumber kayu yang berkualiti tinggi sehinggakan kita terpaksa mengimport kayu-kayu dari wilayah lain. Dan untuk mendapatkannya , akan memakan kos yang lebih besar.
3- Tukang bangunan harus benar-benar tahu akan selok-belok dalam hal perkayuan.
Untuk membina rumah kayu, kita tidak boleh sembarangan memilih tukang bangunan. Tukang bangunan yang akan bekerja untuk membina rumah kayu haruslah benar-benar tahu dan faham dalam hal perkayuan  atau dalam hal pertukangan kayu.

          Selain kekurangan diatas, rumah kayu juga cenderung lebih tidak tahan terhadap serangga dan cuaca lembap. Jika anda sudah tahu kekurangan dan kelebihan dalam membuat rumah kayu , berikut saya menyediakan contoh rumah-rumah kayu yang sangat menarik, klasik, dan sederhana, untuk anda atau sesiapa yang tertarik untuk membina rumah jenis ini :

                 

rumah kayu 1




rumah kayu 2







rumah kayu 3
Rumah batu
Tentunya bagi anda yang sedang ingin membina atau merenovet rumah memilih bahan untuk membinanya adalah hal yang sangat penting, jadi sebelum anda memutuskan untuk membina rumah ada baiknya anda mengetahui tentang kelebihan dan kekurangan masing-masing yang ada pada batako, bata ringan, ataupun bata merah. Perbezaan tersebut tentunya akan mempengaruhi kos untuk membinanya. Berikut ini saya sampaikan mengenai keunggulan serta kelemahan batako,bata merah dan bata ringan :

1- Bata merah
Bata merah merupakan salah satu jenis bahan asas untuk membina rumah yang sudah sangat umum digunakan di Malaysia, sejak dari zaman dahulu kala sehinggalah zaman modern seperti sekarang ini. Bata merah memang sudah menjadi salah satu bahan wajib dalam industri pembinaan. Seperti yang kita semua tahu, bata merah masih lebih banyak digunakan daripada batako ataupon bata ringan kerana kekuatannya yang teruji dan untuk mendapatkannya juga tidak susah. 

          Bata merah yang dimaksudkan adalah bata yang dibuat daripada tanah yang dicetak kemudiannya dibakar dengan suhu yang tinggi sehingga menjadi betul-betul kering, mengeras, dan berwarna kemerah-merahan. Tanah yang digunakan pun bukanlah sembarang tanah, tapi tanah yang agak liat sehingga boleh bercantum semasa proses percetakan. Kerana itulah, rumah yang dindingnya dibina dari material bata merah akan terasa lebih sejuk dan selesa. Selain daripada kuat dan kukuh serta tahan lama, sehingga jarang sekali terjadi keretakan dinding yang dibina dari material bata merah. Selain itu, material ini juga sangat tahan terhadap cuaca panas sehingga dapat menjadi perlindungan rumah anda daripada bahaya api. 

Kelebihan bata merah :
§  Tidak memerlukan ahli pakar untuk memasang
§  Ukurannya yang kecil memudahkan untuk pengangkutan
§  Mudah untuk membentuk bidang yang kecil
§  Harga lebih murah
§  Mudah untuk mendapatkannya
§  Pelekatnya tidak perlu yang khusus
§  Tahan panas , memberi perlindungan daripada api

Kekurangan bata merah :
  1. §  Susah untuk membuat pasangan yang kemas
  1. §  Menyerap panas pada musim panas dan menyerap dingin sehingga suhu menjadi tidak stabil
  1. §  Cenderung lebih membazir dalam penggunaan pelekatnya
  1. §  Kualiti yang kurang berbeza-beza dan juga saiz ukuran yang jarang sama membuatkan pembaziran lebih banyak
  1. §  Disebabkan sukar untuk mendapatkan pasangan yang rapi, maka diperlukan plaster yang cukup tebal untuk menghasilkan dinding yang cukup rata.
  1. §  Masa untuk memasangnya lebih lama berbanding bahan dinding yang lainnya.
  1. §  Sangat berat sehingga membebankan struktur yang menampunya
  1. §  Bata merah menimbulkan beban yang cukup besar pada struktur bangunan.

2. Batako
Material dinding dari batako ini umumnya dibuat dari campuran simen dan pasir kasar yang dicetak padat atau dipress. Selain itu ada juga yang membuatnya dari campuran batu tras , kapur , dan air. Bahkan kini batako ialah dari campuran simen, pasir dan batubara. Dengan bahan pembuatan dari yang telah disebutkan, batako memiliki kelemahan iaitu kekuatannya lebih rendah dari bata merah, sehingga cenderung terjadinya keretakan dinding , terutama jika bahagian kosongnya tidak diisi dengan pelekat. Penggunaan batako juga membuatkan bangunan lebih hangat bahkan lebih cenderung terperap dan panas, tidak seperti bata merah yang terbuat daripada material tanah. Batako cenderung lebih ringan daripada bata merah. Teksturnya juga sangat halus dari bata merah.
Kelebihan batako :
  •        i.            Proses pembuatan mudah dan ukuran dapat dibuat sama
  •     ii.            Ukurannya besar sehingga menjimatkan masa dan kos
  •  iii.            Khusus jenis yang berlubang, dapat berfungsi sebagai udara keluar masuk
  •  iv.            Apabila pasangannya kemas tidak perlu lagi diplaster
  •     v.            Lebih mudah dipotong untuk menyambungkan bahagian tertentu
  •  vi.            Tidak perlu direndam sebelum dipasang
  • vii.            Kedap air
  • viii.            Kedap suara
  •  ix.            Proses pemasangan lebih cepat

Kekurangan batako :
  1.        i.            Mudah terjadi retak pada dinding
  1.     ii.            Mudah berlubang
  1.  iii.            Mudah pecah

Bata ringan :
Bata ringan ini pembuatannya sangat sudah modern dimana material ini dibuat dengan menggunakan mesin pabrik. Bata ini cukup ringan dan halus serta memiliki tahap kerataan yang baik. Bata ringan dicipta agar dapat memperingan beban struktur dari sebuah bangunan mempercepatkan pelaksanaan, serta meminimalisasi sisa material yang terjadi pada saat proses pemasangan dinding berlangsung. Sekarang ini sudah sangat banyak pengedar yang menjual bata ringan ini di pasaran.

Kelebihan bata ringan :
  1. a)    Mempunyai ukuran dan kualiti yang seragam sehingga dapat menghasilkan dinding yang rapi
  1. b)   Lebih ringan
  1. c)    Lebih mudah diangkut
  1. d)   Lebih cepat dipasang berbanding bata biasa
  1. e)    Tidak memerlukan plaster yang tebal
  1. f)     Kedap air
  1. g)    Kedap suara
  1. h)   Tekanan yang kuat
  1. i)      Tahan gempa bumi

Kekurangan bata ringan :
  • a)    Ukuran yang besar
  • b)   Pelekat yang khusus untuknya
  • c)    Orang yang betul-betul pakar untuk memasangnya
  • d)   Sekiranya terkena air, maka untuk kering macam bata biasa sangat lama
  • e)    Harga relative lebih mahal daripada bata merah
  • f)     Agak susah mendapatkannya

Ini adalah contoh bata yang digunakan :
Figure 1 batako


 Figure 2 bata ringan

 Figure 3 bata merah


Ini pula contoh rumah batu :

Figure 4 rumah batu ala-ala gaya eropah


Figure 5 stones houses



 Kesimpulan :
Berdasarkan penerangan diatas maka sudah tentu anda semua sudah dapat gambaran bagaimana bentuk rumah batu dan rumah kayu. Sudah pasti anda semua sedang membuat pilihan yang bijak juga untuk memilih samada untuk membina rumah kayu ataupun rumah batu. Setiap perkara semestinya mempunyai kelebihan dan juga kekurangan jadi sekiranya kita bijak dalam membuat keputusan dan pandai dalam mensesuaikan bajet yang kita ada maka sudah pasti rumah idaman anda akan terbina. Rumah idaman merupakan keinginan bagi setiap insan kerana keinginan untuk tinggal ditempat yang aman dan selesa. Maka oleh itu, pertimbangan yang elok serta menganalisa harga terbaru bagi batu bata merah dan batako samada sesuai atau tidak dengan bajet yang kita perolehi. Jangan pula sampai membazir dan melebih-lebih dalam kita membuat perancangan masa depan takut menyesal pula nantinya.
Sekian terima kasih,
Rujukan:

Tuesday, 22 March 2016

Im Breanna




Aktiviti di Universiti ( Introduction to Writing )

UUM : Sejak penubuhannya 28 tahun yang lalu, Universiti Utara Malaysia (UUM), kini boleh berdiri megah dalam kalangan universiti di dalam dan luar negara kerana merupakan antara universiti pilihan pelajar dalam Negara dan  antarabangsa untuk melanjutkan pengajian. Ini kerana dalam tempoh tersebut, UUM telah melalui proses kematangan yang pesat dan akan terus berkembang maju apabila telah menjalin kerjasama akademik dengan beberapa institusi pengajian terkenal dari luar negara dalam mencapai matlamat menjadi Universiti Penyelidikan menjelang 2013.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, sepanjang 28 tahun usia universiti ini, pelbagai usaha telah dilakukan UUM antaranya, memperkasakan aktiviti-aktiviti dalam kampus, aktiviti pengantarabangsaan, kolaborasi dan kerjasama akademik dan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat sejajar dengan perkembangan ilmu sejagat.

Mahasiswa  yang cemerlang adalah mahasiswa yang seimbang antara pencapaian akademik dan sahsiahnya. Mahasiswa  yang sempurna pembentukan dirinya mempunyai empat elemen utama iaitu dari sudut jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Gabungan kepada empat elemen tersebut akan menjadikan pembentukan sahsiah mahasiswa adalah secara holistik.



Ilmu bukan sahaja boleh didapati di dalam dewan kuliah malah juga boleh didapati di luar daripada kelas. Hidup sebagai mahasiswi di UUM memberi banyak kenangan dan pengajaran yang terindah bagi  saya sepanjang bergelar mahasiswi di UUM. Pelbagai kenangan yang manis ada juga yang pahit telah saya lalui sepanjang berada di UUM Sintok Kedah ini. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah saya lakukan sepanjang saya berada di UUM antaranya ialah, XPDC Kayak Pandai Merdeka, Survival Gunung Jerai Kedah, Abseiling, Pesta Konvo, Meeting, Presentation, Bakti Siswa dan sebagainya.

Baru-baru ini 21 Mac 2016 satu aktiviti telah diadakan di uum iaitu telah berlangsungnya Pesta Buku Utara Discover Uum 2016 Bertempat Di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah University Utara Malaysia. Majlis perasmian pesta buku tersebut telah dirasmikan oleh yang berhormat dato haji tajul urus haji mat zain ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri kedah. majlis perasmian tersebut juga telah dihadiri oleh yang berbahagia prof. dato seri dr. mohamed mustafa ishak naib cancelor uum. Seterusnya ialah pelancaran buku, persembahan dikir barat, anugerah penghargaan pengguna perpustakaan 2015, penyampaian cenderamata, lawatan ke gerai buku, minum petang, dan bersurai. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang tujuh hari pesta buku utara discover uum antaranya senamrobik, resensi buku najibnomik, spell it right, pertandingan mewarna, motivasi, qasidah, program bersama anak yatim dan berbagai-bagai lagi aktiviti yang menarik. 


Bahagian Lampiran ( gambar-gambar ) 

























Kesimpulan.
Pada pendapat saya pesta buku utara discover uum ini sangat menarik dan berguna kerana terdapat pelbagai aktiviti yang sangat bermanfaat untuk pelajar-pelajar khususnya di universiti utara malaysia. saya sangat berharap agar program seperti ini dapat dijalankan setiap tahun di uum. selain itu, aktiviti ini juga dapat melahirkan rasa cinta para pelajar terhadap ilmu pembacaan dan penulisan, serta melahirkan minat yang mendalam.