Aktiviti
di Universiti ( Introduction to Writing )
UUM : Sejak penubuhannya 28 tahun yang lalu,
Universiti Utara Malaysia (UUM), kini boleh berdiri megah dalam kalangan
universiti di dalam dan luar negara kerana merupakan antara universiti pilihan
pelajar dalam Negara dan antarabangsa
untuk melanjutkan pengajian. Ini kerana dalam tempoh tersebut, UUM telah
melalui proses kematangan yang pesat dan akan terus berkembang maju apabila
telah menjalin kerjasama akademik dengan beberapa institusi pengajian terkenal
dari luar negara dalam mencapai matlamat menjadi Universiti Penyelidikan
menjelang 2013.
Naib Canselor, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa
Ishak berkata, sepanjang 28 tahun usia universiti ini, pelbagai usaha telah
dilakukan UUM antaranya, memperkasakan aktiviti-aktiviti dalam kampus, aktiviti
pengantarabangsaan, kolaborasi dan kerjasama akademik dan tanggungjawab
sosialnya kepada masyarakat sejajar dengan perkembangan ilmu sejagat.
Mahasiswa yang cemerlang adalah mahasiswa yang seimbang
antara pencapaian akademik dan sahsiahnya. Mahasiswa yang sempurna pembentukan dirinya mempunyai
empat elemen utama iaitu dari sudut jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Gabungan
kepada empat elemen tersebut akan menjadikan pembentukan sahsiah mahasiswa
adalah secara holistik.
Ilmu bukan sahaja boleh
didapati di dalam dewan kuliah malah juga boleh didapati di luar daripada
kelas. Hidup sebagai mahasiswi di UUM memberi banyak kenangan dan pengajaran
yang terindah bagi saya sepanjang
bergelar mahasiswi di UUM. Pelbagai kenangan yang manis ada juga yang pahit
telah saya lalui sepanjang berada di UUM Sintok Kedah ini. Pelbagai
aktiviti-aktiviti yang telah saya lakukan sepanjang saya berada di UUM
antaranya ialah, XPDC Kayak Pandai Merdeka, Survival Gunung Jerai Kedah,
Abseiling, Pesta Konvo, Meeting, Presentation, Bakti Siswa dan sebagainya.
Baru-baru
ini 21 Mac 2016 satu aktiviti telah diadakan di uum iaitu telah berlangsungnya Pesta Buku Utara Discover Uum 2016
Bertempat Di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah University Utara Malaysia. Majlis perasmian pesta buku tersebut telah dirasmikan oleh yang berhormat dato haji tajul urus haji mat zain ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri kedah. majlis perasmian tersebut juga telah dihadiri oleh yang berbahagia prof. dato seri dr. mohamed mustafa ishak naib cancelor uum. Seterusnya ialah pelancaran buku, persembahan dikir barat, anugerah penghargaan pengguna perpustakaan 2015, penyampaian cenderamata, lawatan ke gerai buku, minum petang, dan bersurai. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang tujuh hari pesta buku utara discover uum antaranya senamrobik, resensi buku najibnomik, spell it right, pertandingan mewarna, motivasi, qasidah, program bersama anak yatim dan berbagai-bagai lagi aktiviti yang menarik.
Bahagian Lampiran ( gambar-gambar )
Kesimpulan.
Pada pendapat saya pesta buku utara discover uum ini sangat menarik dan berguna kerana terdapat pelbagai aktiviti yang sangat bermanfaat untuk pelajar-pelajar khususnya di universiti utara malaysia. saya sangat berharap agar program seperti ini dapat dijalankan setiap tahun di uum. selain itu, aktiviti ini juga dapat melahirkan rasa cinta para pelajar terhadap ilmu pembacaan dan penulisan, serta melahirkan minat yang mendalam.
No comments:
Post a Comment