Tuesday, 22 March 2016

Im Breanna




Aktiviti di Universiti ( Introduction to Writing )

UUM : Sejak penubuhannya 28 tahun yang lalu, Universiti Utara Malaysia (UUM), kini boleh berdiri megah dalam kalangan universiti di dalam dan luar negara kerana merupakan antara universiti pilihan pelajar dalam Negara dan  antarabangsa untuk melanjutkan pengajian. Ini kerana dalam tempoh tersebut, UUM telah melalui proses kematangan yang pesat dan akan terus berkembang maju apabila telah menjalin kerjasama akademik dengan beberapa institusi pengajian terkenal dari luar negara dalam mencapai matlamat menjadi Universiti Penyelidikan menjelang 2013.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, sepanjang 28 tahun usia universiti ini, pelbagai usaha telah dilakukan UUM antaranya, memperkasakan aktiviti-aktiviti dalam kampus, aktiviti pengantarabangsaan, kolaborasi dan kerjasama akademik dan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat sejajar dengan perkembangan ilmu sejagat.

Mahasiswa  yang cemerlang adalah mahasiswa yang seimbang antara pencapaian akademik dan sahsiahnya. Mahasiswa  yang sempurna pembentukan dirinya mempunyai empat elemen utama iaitu dari sudut jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Gabungan kepada empat elemen tersebut akan menjadikan pembentukan sahsiah mahasiswa adalah secara holistik.



Ilmu bukan sahaja boleh didapati di dalam dewan kuliah malah juga boleh didapati di luar daripada kelas. Hidup sebagai mahasiswi di UUM memberi banyak kenangan dan pengajaran yang terindah bagi  saya sepanjang bergelar mahasiswi di UUM. Pelbagai kenangan yang manis ada juga yang pahit telah saya lalui sepanjang berada di UUM Sintok Kedah ini. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah saya lakukan sepanjang saya berada di UUM antaranya ialah, XPDC Kayak Pandai Merdeka, Survival Gunung Jerai Kedah, Abseiling, Pesta Konvo, Meeting, Presentation, Bakti Siswa dan sebagainya.

Baru-baru ini 21 Mac 2016 satu aktiviti telah diadakan di uum iaitu telah berlangsungnya Pesta Buku Utara Discover Uum 2016 Bertempat Di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah University Utara Malaysia. Majlis perasmian pesta buku tersebut telah dirasmikan oleh yang berhormat dato haji tajul urus haji mat zain ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri kedah. majlis perasmian tersebut juga telah dihadiri oleh yang berbahagia prof. dato seri dr. mohamed mustafa ishak naib cancelor uum. Seterusnya ialah pelancaran buku, persembahan dikir barat, anugerah penghargaan pengguna perpustakaan 2015, penyampaian cenderamata, lawatan ke gerai buku, minum petang, dan bersurai. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang tujuh hari pesta buku utara discover uum antaranya senamrobik, resensi buku najibnomik, spell it right, pertandingan mewarna, motivasi, qasidah, program bersama anak yatim dan berbagai-bagai lagi aktiviti yang menarik. 


Bahagian Lampiran ( gambar-gambar ) 

























Kesimpulan.
Pada pendapat saya pesta buku utara discover uum ini sangat menarik dan berguna kerana terdapat pelbagai aktiviti yang sangat bermanfaat untuk pelajar-pelajar khususnya di universiti utara malaysia. saya sangat berharap agar program seperti ini dapat dijalankan setiap tahun di uum. selain itu, aktiviti ini juga dapat melahirkan rasa cinta para pelajar terhadap ilmu pembacaan dan penulisan, serta melahirkan minat yang mendalam.

Saturday, 5 March 2016

Im Breanna



 
Pengenalan diri
Nama saya ialah Nur Haslyani Binti Abd Khalim. Nama saya ini telah diberi oleh kedua ibu bapa saya.  Saya berusia 23 tahun (2016). 
Saya  merupakan seorang  pelajar tahun ke-3 di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, kedah.
 Saya mengambil jurusan pentadbiran perniagaan ( BBA HONS).  Saya dilahirkan pada  03 November  tahun  1993 di salah sebuah Hospital di daerah negeri Kelantan, iaitu Gua Musang. Saya berasal daripada Negeri Pahang, dan tinggal di Negeri itu semenjak saya kecil lagi. 

Nama ibu saya ialah Hasimah binti Alias, nama bapa saya ialah Abd Khalim bin Abdullah, ayah saya dah 4 tahun ( 2012)  meninggal dunia kerana sakit jantung. Kini saya hanya ada seorang ibu, dialah ibu dan dialah bapa kepada kami semua adik-beradik. Saya bersyukur kerana masih mempunyai ibu yang sihat. Saya mempunyai enam orang adik-beradik, tiga lelaki, dan tiga perempuan, dan saya merupakan anak yang ke lima dalam keluarga saya.

Saya telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Merapoh, Kuala Lipis dan mendapat keputusan 4A dalam UPSR. Kemudian saya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Agama Al-Ittihadiah, Kuala Lipis. Saya bersekolah disitu dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Saya mendapat 5A dalam PMR dan 4A dalam SPM. Makanan kegemaran saya ialah western food ( chicken chop). Tapi saya paling suka masakan ibu saya, kerana masakan ibu adalah masakan yang paling sedap didunia. 

Warna kegemaran saya pula ialah, warna pink. Saya suka warna pink sebab ia lembut dan nampak elok bila saya pakai. Apa yang paling saya suka ialah saya nampak comel bila memakai baju yang berwarna pink. Hobi saya ialah, membaca buku dan melayari internet bila ada masa lapang. Minat saya pula ialah, saya suka melancong dan membeli-belah, itupun jika saya ada keperluan sahaja, kerana saya tidak suka membazir. Cita-cita saya sebenarnya ialah, saya ingin sekali menjadi seorang usahawan yang berjaya suatu hari nanti. Semoga impian saya untuk membuka perniagaan sendiri suatu hari nanti akan tercapai, Aminnn… 
Saya seorang yang kuat makan, sebab itulah saya mempunyai bentuk badan yang sedikit gemuk, orang putih panggil Chubby. Saya mempunyai ketinggian 153cm, dan saya pakai baju saiz M. Makanan segera yang saya suka makan ialah coklat, air bergas, maggi, dan keropok mamee, saya sangat suka coklat , dan saya makan banyak coklat dalam suatu-suatu masa. Saya mempunyai struktur kulit yang putih, mungkin sebab faktor keturunan, sebab mak dan abah saya putih. Saya seorang yang gemar merajuk, sensitif, dan mudah terasa, tetapi biasanya saya merajuk tak lama, tak suka merajuk lama-lama…hehehe…tak semua orang tak suka berkawan dengan saya, kerana masing-masing ada kelebihan dan kelemahan diri, kawan-kawan menerima dan memahami saya seadanya.  
Harapan saya ialah, semoga suatu hari nanti saya akan menjadi seorang anak yang solehah dan berjaya didunia mahupun diakhirat dan  semoga ALLAH S.W.T  memberkati hidup saya dan seluruh ahli keluarga saya serta dilimpahi rahmat dan inayat daripadanya.